suria

PRU-14: Najib Tunggu 'Ilham'

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang menunggu 'ilham' untuk mencari tarikh yang sesuai bagi mengadakan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

"Saya sedang menunggu cetusan inspirasi atau ilham seperti yang apa dikatakan orang Melayu, untuk mencari tarikh yang sesuai (PRU-14)," kata Najib kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini, Selasa.

Beliau ditanya mengenai kemungkinan tarikh PRU-14, berdasarkan petunjuk ekonomi positif, pasaran saham yang mantap dan pengukuhan Ringgit.

"Selagi kita melakukannya dalam lingkungan Perlembagaan yang mengatakan bahawa kita mempunyai tempoh sehingga Jun sebelum Parlimen terbubar secara automatik, jika kita tidak membubarkannya.

"Mari kita lihat jika kita tunggu sehingga Jun atau buat lebih awal, kita tunggu bagaimana perkembangannya," katanya.

Najib berkata, beliau berpuas hati dengan kesiapsiagaan jentera pilihan raya Umno dan Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya.

PRU-14

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain