Peta Malaysia Mungkin Disemak Semula - Semasa | mStar

Peta Malaysia Mungkin Disemak Semula

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Peta Malaysia mungkin perlu disemak semula berikutan penemuan baharu tentang wilayah perairan negara ini.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata beberapa perkara mungkin perlu di bawa kepada Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) bagi mendapatkan lampu hijau daripada badan dunia itu untuk dimasukkan ke dalam peta negara ini.

“Kerajaan akan pertahankan apa yang menjadi milik negara di badan dunia itu jika perlu berbuat demikian,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu di Jabatan Ukur dan Pemetaan di sini, Isnin.

Beliau memberi contoh tentang dokumen dan peta yang dijangka dikemukakan kepada PBB tahun depan berkaitan pelantar benua di perairan Sabah dan Sarawak.

Terdahulu, dalam ucapannya, Wan Junaidi berkata kali terakhir Malaysia mengemas kini petanya ialah 38 tahun lepas.

Kata beliau, tindakan itu merupakan episod penting dalam sejarah Malaysia apabila negara ini menuntut kawasan seluas 556,285km persegi sebagai wilayah perairannya. - Bernama

peta Malaysia

Artikel Sebelum

“Saya Kecewa 10 Saat Sahaja”

Artikel Berikut

Ritual Gemparkan Stesen Minyak!

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain