suria

“YB KJ, Saya Bawa Kuih Kapit Kat PAU”

KUALA LUMPUR: Hari terakhir Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2017 pada Sabtu mungkin menjadi peluang untuk seorang pelajar autisme sehingga kini masih menyimpan hasrat untuk menghadiahkan kuih kapit kepada idolanya, Khairy Jamaluddin.

Pada 19 September lalu, Muhd Farid Fakhruddin Md Fauzan, 19, bertemu dengan Menteri Belia dan Sukan itu tanpa dirancang semasa menyaksikan acara pada Sukan Para Asean Kuala Lumpur 2017 (Para KL2017) di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (Mitec) di sini.

Namun ketika itu pelajar semester dua Sijil Asas Kulinari di Kolej Komuniti Selayang berkenaan tidak berpeluang untuk memberikan kuih kapit kepada Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno seperti yang dirancang.

Bagaimanapun pada Sabtu, Muhd Farid hadir di PAU 2017 bagi menyertai gerai Inspired Kitchen di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Muhd Farid berkata, walaupun gerai Inspired Kitchen dibuka kepada pengunjung PAU 2017 sejak Selasa lalu, dia baru berkesempatan menyertainya pada Sabtu kerana perlu mengikut giliran.

"YB (Yang Berhormat) Khairy, hari ni saya bawa kuih kapit untuk YB. Kalau sudi, datanglah ke gerai Inspired Kitchen ni.

"Saya berharap sangat kalau YB dapat singgah jika berkesempatan," katanya ketika ditemui mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN

“Maaf YB, Hari Ni Saya Tak Bawa Kuih Kapit” 

Julai lalu, Muhd Farid pernah menyuarakan hasratnya untuk berjumpa dengan Khairy dan ia dikongsikan di laman sosial.

Khairy, hanya dalam masa sejam, memberi respons untuk merealisasikannya.

Terdahulu, Muhd Farid berkata, pertemuan singkat kira-kira 10 minit itu cukup bermakna, dan Khairy lebih banyak mengambil tahu mengenai jurusan yang dipelajarinya.

Khairy turut memperkenalkan anak keduanya, Timor Abdullah atau nama panggilannya Puma, 9, yang juga menghidap autisme kepada Muhd Farid.

Bagaimanapun anak muda yang menjalani latihan amali di kafe Inspired Kitchen ini terkilan kerana tidak berpeluang untuk memberikan kuih kapit kepada Ahli Parlimen Rembau itu.

“Maaf YB KJ, hari ni saya tak bawa kuih kapit. Kalau saya tahu dapat jumpa lagi, saya bawa khas nanti. Terima kasih YB KJ!,” katanya dengan nada teruja.

Khairy, Inspired Kitchen, PAU

Artikel Sebelum

Model Ditemui Mati Berbogel

Artikel Berikut

Mangsa Culik 13 Jam Ditemui

Artikel Lain