suria

Hotel Baharu Dilempar Bom Petrol

ALOR SETAR: Sebuah hotel ternama di Jalan Lumpur gempar apabila dilempar sebuah bom petrol pada awal pagi Sabtu.

Letupan itu menyebabkan cermin pintu utama hotel berkenaan retak keseluruhan, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat kejadian itu.

Difahamkan, bom petrol itu dilempar oleh lelaki yang menaiki motosikal yang kemudiannya memberhentikan motosikal di tepi jalan sebelum melempar bahan letupan itu ke pekarangan hotel.

Akibat daripada kesan letupan itu, cermin hotel berkenaan retak dan anggota forensik polis masih melakukan siasatan di tempat kejadian termasuk mengenal pasti bahan letupan digunakan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin mengesahkan kejadian, yang berlaku sekitar 4.30 pagi itu.

“Tiada kematian atau kecederaan dilaporkan, siasatan masih dijalankan untuk mengetahui punca kejadian dan siapa pelakunya,”katanya.

Menurutnya, berdasarkan maklumat awal, suspek merupakan seorang lelaki dan menggunakan sebuah motosikal ketika melakukan jenayah itu.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan khianat dengan api secara sengaja,” katanya.-Sinar Harian

Bom Petrol

Artikel Sebelum

Mangsa Culik 13 Jam Ditemui

Artikel Berikut

Artikel Lain