suria

Model Ditemui Mati Berbogel

PETALING JAYA: Seorang model ditemui mati dalam keadaan berbogel dipercayai terjatuh dari balkoni sebuah apartmen di Dang Wangi.

Polis yakin model tersebut dikenal pasti sebagai Ivana Esther Robert Smit berusia 19 tahun kemungkinan  terjatuh kerana mabuk.

Mangsa, yang berasal dari Belanda dan Belgium itu, dipercayai terjatuh dari tingkat 20 apartmen dan mendarat di balkoni tingkat enam.

Dipercayai Smit berada di apartmen dengan pasangan, seorang lelaki warganegara Amerika dan isterinya dari Kazakhstan, selepas menghabiskan masa bersama.

Pasangan tersebut berada di bilik tidur manakala Smit tidur di ruang tamu.

Sekitar tengah malam, Smit tanpa pakaian disedari terjatuh dari arah balkoni.

Smit merupakan pemenang kedua program Pencarian Supermodel Malaysia 2014, ketika berusia 15 tahun.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Shaharuddin Abdullah berkata pihak polis telah mengklafikasikan kes itu sebagai mati mengejut.

"Penyiasatan kami setakat ini dan laporan bedah siasat tidak menunjukkan unsur-unsur khianat," katanya ketika dihubungi.

Walau bagaimanapun, beliau menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya menghubungi polis.

Model, Ivana Esther Robert Smit

Artikel Sebelum

Ugut Zaid: Jamal Ditahan

Artikel Berikut

Artikel Lain