suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak Saudara MB Selangor Antara Empat Direman

PUTRAJAYA: Seorang anak saudara Menteri Besar Selangor merupakan antara empat lelaki yang direman di atas dakwaan terlibat dalam aktiviti perlombongan pasir haram di negeri itu.

Keempat-empat lelaki direman selama tujuh hari sehingga 6 Disember selepas mahkamah membenarkan permohonan perintah reman daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut.

Majistret Ainna Sherina Saipolamin membenarkan perintah reman itu pada Khamis.

Mereka yang ditahan adalah dua pengarah syarikat, seorang kakitangan syarikat pengiklanan dan pengurus tapak projek.

SPRM turut membekukan akaun sebuah syarikat, yang dikatakan berjumlah RM4 juta.

Beberapa lori yang sarat dengan komoditi haram turut dirampas semasa operasi itu.

Siasatan awal menunjukkan syarikat tersebut menjalankan aktiviti perlombongan pasir haram di Kajang sejak 2014.

SPRM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain