suria

Dua Pemancing Hilang, Bot Karam Di Tasik Raban

Gambar hiasan.

IPOH: Polis telah mengenal pasti dua pemancing hilang setelah bot mereka karam ketika memancing di Tasik Raban, di Lenggong, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Ismail Che Isa berkata kedua-dua mangsa dikenali sebagai Muhammad Faliq Fadzil, 26, dan Amirul Asyraf Abdullah, 24, dari Taman Kuala Kangsar, Kuala Kangsar.

Beliau berkata kedua-dua mangsa telah menyewa bot di Tropical Outdoor Pursuit Center Tasik Raban, Lenggong untuk pergi memancing di kawasan Tasik Raban yang berdekatan dengan Kampung Kelantan pada pukul 8 pagi.

Katanya, penduduk kampung di situ telah terjumpa bot yg dinaiki oleh mangsa telah karam.

"Pengadu (pemilik bot) bersama orang kampung telah mencari mangsa di sekitar kawasan darat dan air sehingga pukul 7 malam namun mangsa gagal dikesan.

"Pengadu telah membuat laporan polis di Balai Polis Lenggong pada pukul 8.36 malam tadi," katanya dalam satu kenyataan di sini Ahad.

Ismail berkata pasukan mencari seramai 22 anggota daripada polis, bomba dan Rela telah dibentuk bagi usaha mengesan mangsa di lokasi yang diberitahu oleh saksi.

Beliau berkata pasukan pencarian telah dijalankan sehingga mangsa dapat dikesan dan perkembangan lanjut akan dimaklum kemudian. - BERNAMA

bot karam, pemancing

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain