suria

Janin Ditemui Dalam Longkang

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Satu objek yang disyaki janin manusia dijumpai di dalam longkang di sebuah blok Flat PKNS SS8, Petaling Jaya di sini, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din berkata pihaknya menerima maklumat daripada seorang wanita yang merupakan ketua blok flat berkenaan pada 6.52 petang.

"Wanita berusia 58 tahun itu memaklumkan objek berkenaan ditemukan oleh seorang pengawal keselamatan yang sedang bertugas di flat itu.

"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat tiga saluran yang berhubung dengan longkang objek itu ditemui," katanya dalam satu kenyataan, Ahad.

Katanya majoriti penghuni flat itu adalah warga asing yang bekerja di kawasan perindustrian berhampiran.Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran bayi dengan niat membuang bayi berkenaan. - BERNAMA

janin, Flat PKNS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain