suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat C130 TUDM Mendarat Cemas

Foto Twitter @airforcenextgen

LABUAN: Sebuah pesawat angkut C130 Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melakukan pendaratan cemas selepas menghadapi masalah peralatan kekaki (landing gear) di Lapangan Terbang Labuan, Sabtu.

TUDM, dalam kenyataan, berkata pesawat berkenaan terpaksa membuat pendaratan cemas tanpa tayar pada pukul 5.15 petang, setelah enam jam berlegar-legar di ruang udara Labuan bagi membakar minyak di udara.

“Juruterbang dan kesemua anak kapal tidak mengalami sebarang kecederaan. Landasan kini ditutup sehingga diberitahu kelak,” menurut kenyataan itu.

Pengurus Lapangan Terbang Labuan, Ahmad Fikri Samsudi memberitahu Bernama sebanyak enam penerbangan ke dan dari Kota Kinabalu, Miri dan Kuala Lumpur dibatalkan sejak jam 2 petang Sabtu, berikutan kerja-kerja mengosongkan landasan. - Bernama

TUDM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Zahid Pula Lawat Anwar

Artikel Lain