suria

Keputusan UPSR Diumum Minggu Depan

PETALING JAYA: Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017 akan diumumkan pada Khamis depan.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada Khamis, keputusan boleh diambil di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi hari yang sama.

"Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan UPSR 2017 melalui mySMS 15888.

"Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula pukul 10 pagi, 23 November 2017 dan akan ditamatkan pada pukul 6 petang 29 November 2017," menurut kenyataan itu.

Pada tahun ini, seramai 443, 794 calon telah mendaftar untuk menduduki UPSR di 8,085 pusat peperiksaan di seluruh negara.

keputusan UPSR 2017

Artikel Sebelum

Bayar Utililiti Guna Sarawak Pay

Artikel Berikut

Artikel Lain