suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangan Guna Barangan Elektrik Terkena Banjir

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Tenaga menasihatkan mangsa banjir agar tidak menghidupkan peralatan elektrik sekiranya palam atau soket berada dalam keadaan basah bagi mengelak  sebarang kemalangan.

Menerusi satu kenyataan pada Rabu,  suruhanjaya itu sama sekali melarang mangsa banjir  menggunakan peralatan elektrik yang telah terkena air banjir sebelum diperiksa oleh juruelektrik bertauliah.

“Jangan memetik suis dengan tangan yang basah, semasa berdiri dalam air atau dalam keadaan kaki tidak berkasut.Jangan memasuki bilik yang terdapat peralatan elektrik yang belum dicabut dari soket atau suis. Elakkan juga menghampiri bilik yang terdapat percikan api keluar dari mana-mana peralatan atau pendawaian,” jelas kenyataan itu.

Suruhanjaya itu juga melarang mangsa banjir daripada menghampiri kawasan seperti pencawang elektrik atau bilik suis elektrik yang ditenggelami air selain mengelak daripada memijak atau memandu  kenderaan melalui lopak air berhampiran talian elektrik yang putus.

Sehubungan itu, suruhanjaya tersebut menggariskan beberapa kaedah keselamatan elektrik semasa banjir surut antaranya menasihatkan mangsa banjir untuk merujuk dengan pihak utiliti bagi mengetahui status penyambungan bekalan elektrik.

Mereka juga perlu memastikan peralatan elektrik dikeringkan terlebih dahulu sebelum digunakan dan memastikan pendawaian rumah diperiksa oleh kontraktor sebelum disahkan selamat digunakan oleh pendawai elektrik yang berdaftar dengan suruhanjaya.- Bernama

Banjir, Barang elektrik

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain