suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Klang, Shah Alam Dilanda Banjir Kilat

KLANG: Beberapa kawasan di sini dan Shah Alam ditenggelami air susulan kejadian hujan lebat selama beberapa jam pada awal pagi Selasa.

Mohd Sani berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat mula menerima panggilan seawal pukul 5 pagi.

Lokasi yang paling teruk terjejas adalah kediaman di kawasan tanah rendah.

Keadaan trafik di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang menjadi semakin sesak ketika laporan ini ditulis.

Antara kawasan yang sesak adalah jejambat Bukit Raja, tol Sungai Rasau dan Padang Jawa.

Penduduk di Taman Rasah dan Bandar Bukit Raja terkandas untuk ke tempat kerja selepas air naik ke paras hampir satu meter.

Kawasan lain yang turut terjejas adalah Taman Bukit Kemuning dan Kampung Bukit Naga di Seksyen 32 Shah Alam.

banjir kilat

Artikel Sebelum

Habis Hangus!

Artikel Berikut

Putera Charles Masih Bertenaga

Artikel Lain