suria

Sungai Melimpah, Amaran Merah Dikeluarkan

Pemandangan di Sungai Muda.

BUTTERWORTH: Air di Sungai Muda di utara Seberang Perai telah melimpah ke tebing, pagi Isnin.

Paras air meningkat kepada 5.2 meter (m), lebih satu meter dari paras maksimum biasa iaitu 3.96m.

Limpahan sungai itu menyebabkan air banjir tidak surut walaupun cuaca sudah bertambah baik.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh berkata, daerah itu kini diletakkan pada amaran merah.

Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan 260 mangsa di daerah itu telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan bermula pukul lapan pagi.

Banjir Pulau Pinang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain