suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hospital Pun Terjejas!

Wad Hospital Pulau Pinang dimasuki air, pada Ahad. - Sinar Harian

GEORGE TOWN: Hujan lebat yang bermula petang Sabtu turut mengakibatkan banjir kilat di sebahagian Hospital Pulau Pinang.

Pengarah Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, Datuk Dr Sukumar Mahesan berkata, antara kawasan yang terlibat ialah Unit Pengangkutan, tingkat bawah Blok C dan Blok D.

“Ini termasuk empat wad pesakit dan Wad Rawatan Rapi Neonatal. Arahan pengungsian telah dikeluarkan pengarah hospital dan ia dilaksanakan sekitar jam 2.30 pagi hingga 5.30 pagi.

“Sebanyak 104 pesakit dan empat bayi yang baru lahir telah dipindahkan ke wad-wad yang lebih selamat,” katanya.

Menurutnya, tiada kejadian yang tidak diingini berlaku dan semua pesakit mendapat rawatan yang sewajarnya.

“Kenderaan-kenderaan juga telah dipindahkan ke kawasan yang selamat. Perkhidmatan rawatan pesakit luar dan pesakit dalam termasuk perkhidmatan ambulans di Hospital Pulau Pinang masih diteruskan seperti biasa.

“Pihak Jabatan Kesihatan Pulau Pinang memohon orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak tepat berkaitan kejadian ini sehingga mencetuskan suasana panik kepada waris pesakit,” katanya. - Sinar Harian

Banjir Pulau Pinang

Artikel Sebelum

Peperiksaan SPM 2017 Bermula

Artikel Berikut

Artikel Lain