suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyelewengan Dana: 'Datuk' Dipanggil Bantu Siasatan

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah pada Ahad memanggil seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk' bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana pembangunan luar bandar di Sabah.

Menurut sumber, ahli peniagaan berkenaan dikatakan  mempunyai sekurangnya-kurangnya tujuh syarikat di bawah kawalannya, termasuk miliknya sendiri, yang mendapat kontrak daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Selain tujuh syarikat berkenaan, ahli perniagaan itu juga ada meminjam lesen daripada rakan-rakannya dengan membayar ‘involvement fee' sebanyak RM30,000 bagi setiap lesen.

"Tujuan peminjaman lesen adalah memenuhi tuntutan syarat kelayakan tender terhad iaitu 10 syarikat bagi satu projek yang dipohon," menurut sumber berkenaan.

Timbalan  Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Seri Azam Baki  ketika dihubungi mengesahkan individu tersebut telah dipanggil untuk diambil keterangan tetapi enggan mengulas lanjut.- Bernama

SPRM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain