suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isteri Direman Kes Suami Maut Ditikam

MUAR: Polis pada Ahad mendapatkan perintah mahkamah untuk mereman seorang wanita muda bagi membantu siasatan kes suaminya yang maut akibat ditikam dalam kejadian pada kira-kira 1.40 tengah hari di sebuah rumah di Sungai Abong di sini. Sabtu.

Tempoh reman selama enam hari sehingga 20 Oktober terhadap wanita berumur 18 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Zuraidah Abu Bakar di Kompleks Mahkamah Muar di sini.

Terdahulu, wanita itu yang memakai pakaian lokap berwarna jingga dan bertudung hijau dengan tangan bergari tiba di perkarangan mahkamah kira-kira 8.40 pagi.

Wanita itu yang merupakan peniaga makanan dan suaminya yang berumur 28 tahun dan bekerja sebagai pemotong ayam di pasar berkahwin kira-kira enam bulan lepas. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain