suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wayang Kulit Dalam Star Trek

PETALING JAYA: Wayang kulit mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa apabila diselitkan dalam siri episod baharu Star Trek: Discovery TV yang ditayangkan di Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Patung wayang kulit telah digunakan sebagai prop dalam satu babak melibatkan pelakon antarabangsa kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh.

Rakyat Malaysia yang menonton episod itu dalam talian pada Isnin begitu teruja apabila unsur budaya dari negara ini dipaparkan dalam siri sains fiksyen itu.

Namun, keterujaan mereka tidak berpanjangan.

Penulis dan pengasas organisasi kebudayaan Pusaka, Eddin Khoo berkata, wayang kulit yang dipaparkan dalam drama itu adalah wayang kulit yang berasal dari Jawa.

"Itu adalah patung Jawa yang dikenali sebagai Antareja," katanya kepada The Star.

Menurut Khoo, Antareja adalah watak dalam wayang kulit tradisi Jawa.

Tambahnya lagi, terdapat perbezaan besar antara wayang kulit Jawa dan Malaysia.

Patung wayang kulit Malaysia banyak dipengaruhi Khmer-Thai dari Thailand manakala karakter wayang kulit Jawa mempunyai rekaan yang lebih tajam dan kelihatan kurang garang.

Wayang Kulit, Star Trek

Artikel Sebelum

Kerenah Modifikasi Pesawat

Artikel Berikut

Artikel Lain