suria

Jangan Nangis Dik, Tak Gigit Pun!

PETALING JAYA: Rakaman seekor dinosaur sedang berkeliaran dipercayai di dalam negara telah hangat diperkatakan netizen baru-baru ini.

Reptilia yang bergerak sambil ditemani seorang pengiring dilihat begitu jinak dan menghampiri setiap kanak-kanak yang berada di kawasan tersebut.

Kedengaran bunyi tangisan kanak-kanak saat dihampiri dinosaur itu barangkali ketakutan kerana tidak pernah melihat haiwan purba tersebut secara dekat.

Uniknya, dinosaur berkenaan turut pandai 'berposing' ketika orang ramai mahu mengabadikan gambar bersamanya.

Namun usah panik kerana dinosaur yang menjadi bualan hangat netizen itu sebenarnya antara tarikan unik yang terdapat di Don Hu Jurassic Park Garden, Muar, Johor.


Taman tema dinosaur itu yang dibuka pada September tahun lalu pastinya menawarkan 1,001 pengalaman bukan sahaja kepada kanak-kanak tetapi juga golongan dewasa yang ingin memegang dan bergambar bersama haiwan hidup tersebut.

Bukan sahaja dinosaur hidup, taman tema itu turut dipenuhi dengan lebih 30 patung haiwan tersebut termasuk spesies Tyrannosaurus Rex.


Wah macam menarik je kan? Apa tunggu lagi, bolehlah luangkan cuti hujung minggu bersama anak-anak ke taman tema dinosaur ini yang terletak di Jalan Pintasan Muar, Johor.

Menariknya, taman tema yang diusahakan Heng Chiang Hwee ini menawarkan kemasukan secara percuma kepada pengunjung.

Bukan sahaja dapat bercuti bersama keluarga, anak-anak anda juga dapat mengenali dan mempelajari tentang haiwan prasejarah ini. 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Usah Abai Pengenalan Diri

Artikel Lain