suria

Polis Ditahan Hanya Berseluar Dalam

ALOR SETAR: Seorang anggota polis berpangkat inspektor ditahan dengan hanya berseluar dalam di dalam sebuah tandas wanita di sebuah pusat membeli-belah dekat sini, Isnin.

Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff mengesahkan tangkapan telah dibuat dalam satu kenyataan di laman Facebook PDRM Kedah pada Isnin.

Beliau berkata polis telah menerima maklumat bahawa terdapat seorang lelaki sedang mencetuskan huru-hara di pusat membeli-belah tersebut kira-kira pukul 12.30 tengah malam Isnin.

Sebaik tiba di pusat membeli-belah itu, polis menahan lelaki tersebut yang tidak berpakaian di dalam tandas wanita yang terletak di tingkat empat.

Pemeriksaan lanjut mendapati beg milik lelaki itu mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 0.62 gram.

Aris berkata lelaki itu direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sebuah video menunjukkan seorang wanita dalam keadaan marah bertanya kepada suspek mengenai perbuatannya, menjadi viral di Facebook pada Isnin.

Dalam video itu, wanita tersebut mendakwa lelaki itu sedang merakam aksinya di dalam tandas.

Wanita itu masih belum membuat laporan polis mengenai insiden tersebut.

PDRM Kedah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain