suria

Angeline Tinggal Pesan Kepada Pembenci

Angeline dan suaminya bergambar bersama dalam satu gambar pada 2013. - Facebook

PETALING JAYA: Angeline Francis Khoo menyelar para pembenci yang mempertikaikan tindakannya menolak harta yang bakal diwarisi daripada bapanya yang merupakan taikun fesyen, Tan Sri Khoo Kay Peng.

Angeline mengambil keputusan itu selepas bapanya tidak merestui perkahwinannya dengan seorang saintis data, Jedidiah Francis.

Wanita yang berusia 34 tahun itu merupakan anak Kay Peng dan bekas ratu cantik Malaysia, Pauline Chai yang sudah pun berpisah beberapa tahun lalu.

Melalui temubual eksklusif dengan The Daily Mail's You Magazine pada minggu lalu, Angeline berkata, dia tidak bertegur dengan bapanya gara-gara mengahwini seorang lelaki yang tidak disukai oleh ahli perniagaan tersebut.

Bagi mengulas lebih 200 komen terhadap laporan yang dimuat naik di Facebook The Star Online, Angeline membuat penjelasan terhadap beberapa perkara.

Ada pihak yang mempersoalkan tindakannya menyebelahi Pauline ketika perbicaraan proses penceraian berlangsung dan sama ada dia menerima habuan wang daripada ibunya.

Kata Angeline, dia telah disisihkan oleh bapanya sembilan tahun lalu ketika mendirikan rumah tangga dan ibu bapanya pula memulakan proses penceraian empat tahun kemudian.

"Malangnya, dalam kes mahkamah yang melibatkan keluarga, kadang kala anak-anak dipaksa untuk menjadi saksi

"Menarik bila ada orang ingat kami ada perjanjian; hubungan kami tak seperti hubungan antara anak dengan ibu bapa yang normal, tapi mungkin kami mempunyai pengalaman hidup yang berbeza dan telah mengubah cara kami melihat dunia," kata Angeline.

Angeline Francis Khoo

Artikel Sebelum

Wanita Maut Di LPT

Artikel Berikut

‘Oh! My Gucci’

Artikel Lain