Pembantu Khas DAP Mengaku Tidak Bersalah - Semasa | mStar

Pembantu Khas DAP Mengaku Tidak Bersalah

GEORGE TOWN: Pembantu khas kepada seorang ADUN DAP didakwa di Mahkamah Majistret Georgetown atas tuduhan mencabul kehormatan seorang pelajar kolej berusia 21 tahun yang bekerja sebagai pelayan sambilan.

Suspek yang juga seorang bekas kaunselor mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan terbabit.

Menurut shit dakwaan, lelaki berusia 50 tahun itu didakwa mencabul dengan menggunakan kekerasan di kawasan tempat letak kereta sebuah pusat hiburan di Lebuh Pantai kira-kira pukul 11.30 malam pada 6 Jun.

Suspek didakwa di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan kekerasan jenayah dengan niat mencabul mangsa.

Suspek boleh dipencarakan sehingga 10 tahun, denda atau sebatan atau dua daripada tiga hukuman terbabit jika sabit kesalahan.

Majistret Catherine Nicholas membenarkan ikat jamin sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin selepas peguam suspek, Gnasegaran Egamparam memberitahu mahkamah bahawa ikat jamin itu adalah untuk memastikan kehadiran tertuduh selain kerjasama yang diberikan oleh anak guamnya dengan pihak polis.

Artikel Sebelum

Sebutan Semula Kes 19 Penuntut UPNM

Artikel Berikut

Berita Gembira Menanti Warga Felda

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain