suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SKMM Siasat Serangan Perdagangan Atas Talian

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang meneliti laporan serangan siber yang disyaki mengganggu perdagangan dalam talian melibatkan beberapa firma broker tempatan.

Badan pengawal selia itu berkata mereka berusaha membantu pasaran saham dalam menyiasat gangguan tersebut, menurut laporan Nikkei Markets pada Jumaat.

Ia hadir selepas beberapa broker dimaklumkan pelanggan bahawa perkhidmatan atas talian mereka terjejas akibat serangan siber, gangguan sama yang berlaku pada Rabu.

Jupiter Securities Sdn Bhd antara syarikat broker yang terjejas dan menghantar e-mel kepada klien untuk mengemas kini situasi itu kepada mereka.

Notis awal dari N@N Connect Bhd yang menyediakan penyelesaian perdagangan teras kepada firma broker saham tempatan memberi isyarat kepada broker lain mengenai serangan siber DDos pada Rabu.

"Pagi ini 5 Julai 2017 kita menyaksikan satu serangan siber yang diselaraskan dikenali sebagai DDos (serangan penafian perkhidmatan) yang disasarkan kepada broker Malaysia.

"Ia pertama kali bermula di satu pusat data pada pukul 8.30 pagi hingga 10.30 pagi dan kemudian menyerang pusat lain.

"Pemeriksaan lanjut dengan broker bukan panel kami dan mengesahkan mereka turut mengalami gangguan sama pada masa tersebut," katanya dalam notis itu.

SKMM, serangan siber

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain