suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Ditahan Cuba Seludup Cicak, Kura-Kura

PADANG BESAR: Tiga individu termasuk dua rakyat Thailand diberkas Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) Perlis kerana cuba menyeludup 58 cicak jenis bearded dragon dan lapan kura-kura jenis sulcata dari Thailand ke negara ini, di sini, petang Khamis.

Komandernya DSP Syed Basri Syed Ali berkata rampasan di Kampung Kolam pada 3.30 petang semalam itu adalah hasil risikan AKSEM di Padang Besar.

Kesemua haiwan yang dilindungi di bawah Akta Hidupan Liar itu dianggarkan bernilai RM18,100.

Kesalahan disiasat mengikut Seksyen 69 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716), memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM200,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan, kata Syed Basri kepada pemberita, Jumaat.

Katanya tiga yang diberkas itu ialah seorang lelaki warga Malaysia berumur 36 tahun dari Klang, Selangor dan seorang lelaki serta wanita masing-masing rakyat Thailand  berumur 25 dan 28 tahun serta beralamat di Bangkok.

AKSEM turut merampas sebuah kereta Toyota Estima bernilai RM110,000 dan kes diserahkan kepada Jabatan Perhilitan Perlis untuk tindakan lanjut, katanya. - BERNAMA

cicak, kura-kura, AKSEM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain