suria

Penolong Pegawai Pertanian Salah Guna Kuasa, Direman

SEREMBAN: Seorang Penolong Pegawai Pertanian Pusat Pertanian Sendayan direman enam hari bermula pada Jumaat bagi membantu siasatan berkaitan salah guna kuasa.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Seremban, Siti Huzaifah Abdul Talib di Mahkamah Khas di sini selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan permohonan.

Suspek yang berusia 34 tahun itu hadir ke mahkamah pada Jumaat, didakwa telah menggunakan kedudukannya dengan melantik suaminya untuk melaksanakan projek menyelenggara Sistem Pengairan Projek Herba dan Nurseri Herba, Pusat Pertanian Sendayan yang masing-masing bernilai RM10,100 dan RM19,900.

Kesemua kesalahan didakwa dilakukan sekitar Ogos tahun lepas.

Siasatan ke atas tertuduh dibuat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan  Rasuah Malaysia 2009. - BERNAMA

SPRM, salah guna kuasa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain