suria

Sah! Budak 7 Tahun Positif JE

Gambar hiasan.

KUCHING: Kementerian Kesihatan mengesahkan seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dari Taman Sentoria, Kota Samarahan disahkan positif virus Japanese Encephalitis (JE) pada Mei lalu.

Menurut kementerian itu dalam satu kenyataan, kanak kanak itu dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada 25 Mei lalu dengan gejala demam dan pening kepala.

Ia berkata, murid berkenaan disahkan positif JE melalui keputusan ujian Cerebrospinal (CSF) fluid dan ujian darah.

“Pesakit telah diberi rawatan dan dibenarkan pulang ke rumah pada 5 Jun,” menurut kenyataan itu pada Jumaat.

Kementerian Kesihatan berkata demikian bagi mengulas laporan media selepas sepucuk surat yang dikatakan dikeluarkan pejabat kesihatan Samarahan susulan kes jangkitan JE tular.

Kementerian turut memberitahu bahawa Jabatan Kesihatan Sarawak melaksanakan tindakan kawalan dan pencegahan ke atas kejadian ini melalui aktiviti penyemburan kabus dan aktiviti larviciding bagi membunuh jentik- jentik nyamuk di kawasan kes.

“Jabatan turut mengedarkan surat makluman ke sekolah-sekolah dan para penduduk dalam kawasan terlibat selain memastikan liputan pemberian vaksin JE adalah seratus-peratus dalam kalangan kanak-kanak dan remaja berumur 15 tahun ke bawah," katanya.

Tambah kenyataan itu, pemantauan rapi dilakukan dan memperbanyakkan kesedaran terhadap JE dan langkah-langkah pencegahannya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain