suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pegawai Kastam Ditahan Minta Rasuah

PETALING JAYA: Seorang pegawai kastam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis kerana dipercayai meminta rasuah sebanyak  AS$10,000 (RM42,986) daripada sebuah syarikat sebagai habuan untuk memudahkan proses pengeksportan barang.

Suspek berusia 53 tahun itu ditahan di hadapan hentian bas di Bintulu, Sarawak pada pukul 10.32 malam Khamis.

Sumber berkata, perbuatan suspek terbongkar selepas orang awam membuat laporan kepada SPRM berhubung kegiatan lelaki itu.

“SPRM mendapati suspek meminta AS$10,000 bagi memudahkan pengeksportan bahan 'piping & associated facilities' dan bekerjasama dengan syarikat terbabit untuk memerangkap suspek” katanya.

Dalam operasi itu, turut dirampas adalah dua telefon bimbit jenama iPhone dipercayai milik suspek yang digunakan dalam urusniaga tersebut.

Mahkamah Majistret Bintulu, Muhammad Hafiz Muhd Noor membenarkan reman terhadap suspek sehingga 12 Julai. 

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan lebih ramai akan dipanggil bagi membantu siasatan.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain