suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak Perlu Dipanjangkan - Abdul Karim

Abdul Karim Rahman Hamzah

KUCHING: Tak perlulah dipanjangkan, kata Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah semasa diminta mengulas kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mengenai beliau pada Ahad.

Katanya, beliau memang akui Nazri sebagai 'orang lama' dalam arena politik negara, dan beliau sendiri (Karim) sama seperti orang lain sentiasa dalam proses pembelajaran sepanjang masa.

"Saya tidak kecil hati, tapi kalau nak kata saya baru dalam politik tak tahu apa-apa..., tak tepat juga kerana saya pun dah empat penggal jadi wakil rakyat," katanya ketika dihubungi di sini, Isnin.

Menurutnya beliau cuma berharap agar Nazri sentiasa berhati-hati semasa bercakap, sebolehnya janganlah menyinggung hati sesiapa, dan jagalah sama perasaan orang lain, apa lagi di bulan puasa ini.

Beberapa portal media melaporkan Nazri menyelar kenyataan Abdul Karim minggu lepas yang menggesa kerajaan supaya menangguh pelaksaaan cukai pelancongan di Sabah dan Sarawak kerana khuatir cukai baharu tersebut akan membawa impak negatif kepada industri pelancongan negeri.

Antara yang dipetik portal berkenaan adalah kata-kata seperti 'baru setahun jagung jadi menteri' dan 'samseng'. - Bernama

Sarawak

Artikel Berikut

Artikel Lain