Kemelut FGV Dibincang Dengan PM Rabu Ini - Shahrir - Semasa | mStar

Kemelut FGV Dibincang Dengan PM Rabu Ini - Shahrir

Shahrir Abdul Samad

KEMAMAN: Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu ini untuk membincangkan jalan penyelesaian terhadap kemelut Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).

Shahrir berkata pertemuan itu yang dijangka berlangsung di Kementerian Kewangan, Putrajaya akan membincangkan pelbagai perkara berkaitan FGV secara lebih terperinci.

"Saya kena jumpa Perdana Menteri untuk tahu lebih lanjut apa pandangan, apa yang dimaksudkan dengan laporan-laporan mengenai FGV ini, sebab saya duduk di luar.

"Felda hanya sebagai pemegang saham terbesar dalam FGV.

"Mungkin dalam perjumpaan itu nanti akan tahu apa cadangan-cadangan yang sesuai, macam mana nak selesaikan isu ini. Insyaallah sempat sebelum raya ni. Ada lebih kurang dua minggu lagi (untuk selesaikan)," katanya.

Shahrir bercakap kepada pemberita di majlis Ihya Ramadan Warga Felda bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Pengerusi Felda di Felda Kerteh 6 pada Isnin.

Tan Sri Shahrir Abdul Samad , Felda

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Anwar dijangka menghadap Agong Isnin