Awas! Hukuman Menanti Jika Guna Lambang Diraja Johor - Semasa | mStar

Awas! Hukuman Menanti Jika Guna Lambang Diraja Johor

Ayub Rahmat.

ISKANDAR PUTERI: Bermula 2 Mei, lambang, gelaran dan anugerah kurniaan Sultan Johor hanya boleh digunakan dengan kelulusan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Jabatan Diraja Johor.

Pengerusi Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Johor 2017 yang diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada 9 Mac lalu adalah untuk memastikan tiada mana-mana pihak menyalahgunakan lambang dan logo kerajaan negeri itu.

Beliau berkata enakmen baharu itu dikuatkuasakan pada 2 Mei tetapi kerajaan negeri memberi tempoh penangguhan selama 60 hari.

"Kerajaan negeri telah memutuskan untuk memberikan tempoh selama 60 hari sebagai tempoh penangguhan mulai tarikh pekeliling dikeluarkan agar orang ramai dapat menyesuaikan diri dengan enakmen baharu itu," katanya pada sidang media Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor Ke 13, di sini Isnin.

Ayub berkata mereka yang mahu menggunakan atau mencetak lambang, gelaran dan anugerah perlu membuat permohonan sekurang-kurangnya dua bulan lebih awal.

Di bawah enakmen baharu itu, mereka yang didapati menyalahgunakan lambang, gelaran dan anugerah kurniaan Sultan Johor boleh didenda tidak kurang RM250,000 dan tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih lima tahun.

Johor , lambang , anugerah , gelaran

Artikel Sebelum

Ditahan Ugut Dr Maza

Artikel Berikut

Makam Berusia 239 Tahun Ditemui

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain