suria

Siti Aishah Dipenjara Lima Tahun

KUALA LUMPUR: Bekas pelajar sarjana, Siti Noor Aishah Atan dihukum penjara lima tahun kerana didapati bersalah kerana memiliki 12 penerbitan berkaitan keganasan.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Mohamad Shariff Abu Samad berkata, tertuduh didapati bersalah mengikukt Seksyen 130JB (1) (a) Kanun Keseksaan.

Beliau juga mengarahkan semua penerbitan itu dirampas dan dimusnahkan.

Ketika membacakan penghakimannya, Mohamad Shariff berkata, pihak mahkamah berpuas hati dengan hujah pihak pendakwaan dan memutuskan pembelaan tertuduh tidak munasabah.

"Kamu mendakwa memiliki buku itu untuk tujuan penyelidikan tetapi kamu langsung tidak mendaftar untuk kursus sarjana.

"Kamu gagal membuktikan kesungguhan untuk meneruskan pengajian," katanya.

Beliau juga mengecam tindakan Siti Aishah sebagai "jijik dan kotor".

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa memiliki 12 buah buku yang merupakan item yang berunsur perbuatan keganasan dan berkaitan dengan kumpulan pengganas iaitu Jemaah Islamiyah, Daesh dan al-Qaeda.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Lot 1241, Jalan Lapangan Terbang Sura, Dungun, Terengganu pada pukul 12.25 tengah hari, 22 Mac tahun lalu.


Siti Noor Aishah, Daesh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain