suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Belum Putus Kerjasama, PPBM 'Tak Stabil' - Tuan Ibrahim

Tuan Ibrahim Tuan Man.

HULU SELANGOR: PAS belum membuat keputusan mengenai kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana parti itu masih "tidak stabil".

Timbalan presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia merupakan sebab parti Islam tersebut tidak tergesa-gesa mengisytiharkan kerjasama dengan PBBM yang baru berusia beberapa bulan.

"Walaupun kita mempunyai majlis rundingan bersama, kita tidak menandatangani sebarang persetujuan lagi kerana pada kita, mereka belum dilihat stabil.

"Bagaimana kita hendak menjalinkan hubungan politik sekiranya mereka tidak stabil?" katanya semasa berucap pada himpunan pra-pilihan raya PAS Selangor di Kuala Kubu Baru di sini, Isnin.

Beliau berkata, selain memastikan kepentingan untuk mengadakan pertembungan dua penjuru pada pilihan raya umum, PAS menegaskan ia tidak akan bekerjasama dengan gabungan pembangkang Pakatan Harapan.

"Kita tidak akan bekerjasama dengan DAP atau Parti Amanah Negara," katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain