suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tertinggal Dalam Van, Kanak-Kanak Enam Tahun Meninggal Dunia

PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak berusia 6 tahun meninggal dunia selepas tiga jam tertinggal di dalam sebuah van.

Muhammad Iqram Danish dan tiga lagi kanak-kanak lain dalam perjalanan ke sebuah tadika di Jalan Desa, Bandar Country Homes, Rawang pada pukul 8 pagi Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Mohd Marzuki Mohd Mokhtar berkata, pemandu van berusia 21 tahun tidak menyedari kanak-kanak itu tertidur di bahagian belakang van tersebut.

"Dia ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri pada pukul 5 petang," tambahnya.

Kanak-kanak tersebut terus dihantar ke Hospital Sungai Buloh, namun disahkan meninggal dunia akibat lemas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana kecuaian.

Artikel Lain