suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tangan Kanan Pelajar Turut Bertukar Hitam, Kaki Dipotong

JOHOR BAHRU: Seorang pelajar lelaki, dari madrasah swasta yang kakinya terpaksa dipotong  mungkin akan turut kehilangan tangan kanannya.

Kaki pelajar berusia sebelas tahun itu bertukar menjadi hitam selepas dipukul oleh pembantu warden asrama dan terpaksa dipotong.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata kedua-dua kaki Mohamad Thaqif Amin Mohd Gadaffie dipotong pada Sabtu kerana mahu mengelakkan jangkitan kuman naik ke atas.

“Terkini, murid itu koma dan tangan kanannya telah hitam kerana proses jangkitan kuman pada tisu dan sel darah,” kata beliau dalam satu kenyataan, Ahad.

Mohamad Thaqif Amin, yang dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Rabu lepas, menjadi tular di media sosial dipercayai mengalami kesakitan di bahagian kaki sejak dua minggu lalu selepas dirotan oleh pembantu warden.

Pembantu warden itu direman sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan kes pukul pelajar dan disahkan memiliki satu rekod jenayah lampau.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain