suria

Dr Maza Padam Puisi Kontroversi

PETALING JAYA: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memadamkan puisi kontroversi yang mengkritik 'penyembah lembu' dalam laman Facebook rasmi miliknya.

Hasil semakan The Star Online pada Ahad, puisi yang ditulis pada Jumaat lalu tiada lagi dalam laman Facebook, DrMAZA.

Puisi tersebut mencetuskan kontroversi apabila Dr Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Dr Maza, memberi reaksi terhadap bantahan masyarakat India berhubung status Pemastautin Tetap (PR) yang diberikan kepada pendakwah Islam kontroversi Dr Zakir Naik.

Pada Sabut, Dr Maza tampil memberi penjelasan bahawa penggunaan ayat 'penyembah lembu' itu merujuk kepada situasi yang berlaku di bawah pentadbiran kerajaan India pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi.

Malah kata beliau, puisi tersebut sama sekali tidak bertujuan untuk menghina penganut Hindu di negara ini.

"Anda boleh lihat artikel dan video dalam internet yang begitu banyak tentang kekejaman mereka kerana 'mempertuhankan lembu' dalam erti kata mensucikannya.

"Sanggup mereka membunuh kejam sesama manusia hanya kerana haiwan lembu yang memang dimakan di seluruh dunia," katanya dalam posting Facebook pada Sabtu mengenai insiden yang berlaku di barat India itu.


Mohd Asri Zainul Abidin, Maza

Artikel Lain