suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kanak-Kanak Dakwa Guru Tuisyen Rotan, Simbah Air Panas

KESAN luka yang dialami oleh mangsa dipercayai akibat dirotan oleh guru tuisyennya.

JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak lelaki dari Taman Perling di sini, didakwa didera oleh guru tuisyennya yang merotan dan menyimbah mangsa dengan air panas.

Beberapa keping gambar yang menunjukkan kesan luka mula tular dalam laman sosial Facebook selepas abang mangsa memuat naik gambar tersebut selain meminta jawapan daripada pusat tuisyen yang terletak di Taman Ungku Tun Aminah di Skudai.

Abang mangsa yang hanya dikenali sebagai Lim berkata, adiknya melarikan diri dari rumah guru tuisyen ke rumah jiran selepas dirotan dan disimbah air panas.

Satu laporan polis turut dibuat di balai polis Johor Bahru Tengah pada Ahad.

Tinjauan The Star ke pusat tuisyen tersebut mendapati guru berkenaan gagal ditemukan untuk mengulas tentang dakwaan itu.

Dera, Tuisyen

Artikel Lain