suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pekerja KTMB Terlibat RNAA Tidak Akan Hilang Pekerjaan

Aziz Kaprawi.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan pada Isnin memberi jaminan pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang bakal terlibat dengan Perjanjian Akses Rangkaian Kereta Api (RNAA) tidak akan kehilangan pekerjaan. 

Timbalan menterinya, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, sebaliknya mereka akan diserap masuk ke dalam anak syarikat milik KTMB.

"Saya jamin gaji, faedah, dan apa-apa kelebihan yang dinikmati sebagai pekerja KTMB ketika ini tidak akan hilang mahupun berkurangan," katanya dalam satu sidang akhbar di bangunan Parlimen di sini.

RNAA adalah satu perjanjian antara Perbadanan Aset Kereta Api (RAC), yang terletak di bawah Kementerian Pengangkutan, dengan KTMB. 

Perjanjian RNAA adalah sejajar dengan klausa 89 Akta Keretapi 1991 untuk mengasingkan antara pengendali perkhidmatan keretapi yang mana diuruskan KTMB, dan pemilikan, pengurusan dan penyelenggaraan segala aset kereta api bakal diuruskan RAC. - Bernama

KTMB

Artikel Lain