Wanita Digesa Buang Sikap Suka 'Cari Alasan' - Semasa | mStar

Wanita Digesa Buang Sikap Suka 'Cari Alasan'

Tan Sri Rafidah Aziz

PETALING JAYA: Wanita boleh mencapai lebih banyak kejayaan jika mereka belajar bagaimana untuk 'tidak mencari alasan' dalam kehidupan mereka, kata Tan Sri Rafidah Aziz.

Bekas menteri yang dikenali sebagai 'Iron Lady' semasa berada dalam Kabinet dan kini menjadi Pengerusi kini AirAsia X Bhd ini telah menarik perhatian lebih daripada 600 orang yang menghadiri Ceramah Women do Wonders (WOW) dengan ucapan berapinya, Ahad.

"Wanita sentiasa ada banyak 'tapi'...tapi saya tak boleh buat ini atau saya kaum yang lemah bla bla bla.

"Apakah 'tapi' ini? Buang semua sikap suka 'cari alasan' ini barulah anda akan mempunyai keyakinan diri. Jangan tunggu peluang datang sesuai dengan cara anda. Jangan tunggu untuk disuap.

"Dan berhenti bercakap tentang kuota. Mengapa lembaga pengarah penuh dengan 30 peratus wanita jika mereka semua takut dengan lelaki?

"Lebih baik ada seorang wanita yang boleh berhujah dengan dengan ramai lelaki. Itulah apa yang kita mahu," katanya dalam ucapannya.

Ceramah dan Bazaar WOWdi SEGi University di Kota Damansara di sini adalah kemuncak kepada kempen wanita yang berjalan selama hampir sebulan anjuran Star Media Group dengan kerjasama AirAsia Bhd.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lebih Artikel

MMA cabar ego Zul Ariffin