Pemimpin DAP Takut Minta Kit Siang Bersara - Abdul Rahman - Semasa | mStar

Pemimpin DAP Takut Minta Kit Siang Bersara - Abdul Rahman

SHAH ALAM: Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mencadangkan supaya Penasihat DAP Lim Kit Siang bersara daripada politik dan memberi peluang kepada muka baharu seperti yang diingini oleh kalangan anggota akar umbi parti itu.

Menurutnya berbanding dengan parti-parti politik lain yang telah melakukan transformasi, DAP masih lagi enggan melaksanakan peralihan kuasa kepada pemimpin muda dan sebaliknya terus mengekalkan Kit Siang yang berpandangan ekstrem bagi tempoh 51 tahun lepas.

"Mungkin juga kepemimpinan inilah yang menyebabkan DAP tak boleh menang pilihan raya umum.

"Ramai pemimpin DAP tidak berani bercakap di luar (mengenai perkara ini) dan mereka akan berterima kasih kepada saya dan rakan-rakan dalam BN yang mengatakan bahawa sudah tiba masanya Kit Siang bersara," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Tahunan Peneraju Professional Chartered Financial Analysts (CFA) di sini, Sabtu.

Abdul Rahman yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Kit Siang yang merupakan anggota Parlimen Gelang Patah yang mahu mempertahankan kerusinya pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) sekiranya beliau tidak bersara dalam politik.

Dalam kenyataan terkini itu, Kit Siang juga tidak menolak kemungkinan bertanding di kerusi Parlimen lain pada PRU14 sebagai strategi politik.

Sementara itu, Abdul Rahman yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata beliau akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berikutan laporan DAP kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan polis kononnya beliau menyalahgunakan kuasa semasa menjadi Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Semalam, dua pemimpin akar umbi DAP mendedahkan dokumen-dokumen yang dikatakan menyokong dakwaan mereka mengenai penyalahgunaan kuasa oleh Abdul Rahman semasa menerajui kementerian itu dari 2013 hingga 2016.

Lim Kit Siang , DAP

Artikel Berikut

Nazri-Tun M Akhirnya Bersemuka

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain