suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja Perempuan Disambar Buaya Ketika Mandi Sungai

Gambar hiasan.

MIRI: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun disambar seekor buaya ketika sedang mandi di sungai berdekatan dengan Rumah Panjang Japang, Sungai Tapang Peking Baram, Marudi pada Selasa.

Ketua Polis Marudi DSP Gabriel Risut berkata, mangsa Agnes Luang yang sedang menunggu keputusan SPM sedang mandi bersama ibunya di tebing sungai apabila tiba-tiba disambar seekor buaya pukul 6.30 petang Selasa.

"Balai Polis Marudi menerima panggilan pukul 7.15 malam, pasukan operasi mencari dan menyelamatkan telah bergerak ke lokasi kejadian," katanya.

Gabriel berkata, pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada pasukan polis dari Ibu pejabat Polis Daerah Marudi, Balai Polis Long Lama dan Bomba Marudi.

Sebagai rekod, jarak perjalanan dari pekan Marudi ke lokasi kejadian ialah dua jam menggunakan sungai. - BERNAMA

remaja, buaya

Artikel Lain