suria

HKL Selesai Bedah Siasat Lelaki Korea Utara

Seorang pegawai Korea Utara bercakap dengan polis di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur di mana bedah siasat ke atas mayat lelaki dipercayai Kim Jong Nam dijalankan. Foto Reuters

KUALA LUMPUR: Bedah siasat ke atas lelaki warga Korea Utara yang dipercayai abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un iaitu Kim Jong-nam, yang dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada Isnin, telah selesai dijalankan, kata Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali.

Abdul Aziz yang meninggalkan bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada kira-kira 7.50 malam Rabu, mengesahkan bahawa bedah siasat itu telah dijalankan.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan bila atau siapa akan menuntut mayat itu.

Empat kereta milik Kedutaan Korea Utara meninggalkan perkarangan bilik mayat pada pukul 8 malam.

Artikel Lain