suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rasuah: SPRM Tahan Pengurus Besar Agensi Kerajaan

PETALING JAYA: Seorang pengurus besar sebuah agensi kerajaan ditahan oleh Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan rasuah dan menyalahgunakan kuasa.

Suspek yang berusia 62 tahun ditahan di pejabatnya di Kuala Lumpur pukul 11 pagi Rabu oleh sepasukan pegawai SPRM yang terlibat dalam Operasi Nafas.

Turut ditahan adalah isteri suspek yang berusia 38 tahun.

Pegawai SPRM turut merampas sejumlah dokumen dari pejabat dan rumah pasangan itu.

Isteri suspek dibebaskan tidak lama kemudian selepas keterangannya diambil.

Difahamkan, sejak tiga tahun lalu, kira-kira 50 projek bernilai RM1 juta diberikan kepada isterinya yang menubuhkan dua syarikat pada 2010 dan 2015 atas tujuan tersebut.

Pengarah siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani mengesahkan penahanan pasangan itu.

SPRM

Artikel Sebelum

Artikel Lain