Polis Pantau Bekas Perogol Bersiri - Semasa | mStar

Polis Pantau Bekas Perogol Bersiri

BUKIT MERTAJAM: Polis akan sentiasa memantau perkembangan bekas perogol bersiri, S.Selva Kumar yang dikatakan akan kembali ke negeri ini memandangkan dia pernah menetap di Pulau Pinang dan masih mempunyai keluarga di sini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Chuah Ghee Lye berkata pihaknya sedar kepulangan Selva Kumar dari Kanada akan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat, namun polis tidak boleh mengenakan sebarang sekatan kepadanya.

Sebaliknya, Chuah berkata polis akan memerhatikan aktiviti perogol bersiri itu agar tidak melakukan jenayah sama di sini.

Menurutnya, bekas perogol bersiri berusia 56 tahun itu yang dijadual tiba di Malaysia hari ini, berhak hidup seperti orang biasa setelah menjalani hukuman atas kesalahannya.

"Polis tidak boleh tahan lelaki itu di negara ini hanya semata-mata rekod jenayah yang dilakukannya kerana dia sudah terima hukuman sewajarnya di luar negara...jadi (dia) bebas untuk kembali ke Malaysia.

"Buat masa ini kami tak terima maklumat sama ada dia akan menetap di Pulau Pinang atau tempat lain," katanya kepada Bernama selepas melancarkan Program Jom Kembali Ke Sekolah peringkat negeri di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sejahtera, di sini Isnin.

Selva Kumar dijangka tiba Malaysia hari ini selepas menjalani hukuman penjara 24 tahun di Kanada atas 19 kesalahan serangan seks, 28 kesalahan berkaitan dadah, 10 kesalahan pelbagai serangan dan 12 kesalahan lain termasuk peras ugut di negara itu.

Beberapa portal berita sebelum ini melaporkan lelaki yang berasal dari  Perak itu dijangka menetap di Pulau Pinang kerana mempunyai anggota keluarga yang tinggal di negeri ini.

Selva Kumar

Artikel Sebelum

Rasuah: Guru Besar Dipenjar Lapan Bulan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain