Pantai Sungai Baru Bagai Pesta Tika Musim Mentarang - Semasa | mStar

Pantai Sungai Baru Bagai Pesta Tika Musim Mentarang

ARAU: Pantai Sungai Baru di Simpang Empat bagaikan 'pesta' pada pertengahan dan akhir bulan dengan kemunculan mentarang iaitu sejenis siput laut yang menjadi rezeki tambahan penduduk tempatan.

Mentarang atau nama saintifiknya Pholas Orientalis merupakan spesies hidupan laut bercengkerang, mempunyai kulit nipis dan biasanya lebih menggemari air bersuhu rendah. 

Mentarang biasanya muncul di pantai berselut kira-kira dua kilometer dari tebing pantai dalam tempoh enam atau tujuh hari dalam sebulan, boleh dijual RM10 hingga RM16 sekilogram.

Tinjauan Bernama mendapati kira-kira 50 pencari mentarang termasuk dari luar kawasan Sungai Baru sanggup meredah pantai berselut hampir tiga kilometer apabila air surut, biasanya pada sebelah pagi, untuk mencari hidupan laut itu yang menjadi rezeki buat mereka.

Seorang penduduk tempatan, Hussain Yahya, 49, berkata beliau boleh mendapat hampir 30kg mentarang dalam tempoh kira-kira dua jam.

"Sekali turun (keluar mencari) boleh dapat RM250 hingga RM300. Sebahagian untuk makan sendiri. Kalau rajin boleh dapat RM1,200 hingga RM1,600 dalam tempoh mentarang muncul (enam hingga tujuh hari).

"Kerja mencari mentarang ini mudah tapi terpaksa bermain dengan selut. Kami hanya perlu bawa alat pengorek yang diperbuat daripada kayu dipanggil 'kedan' dan bekas untuk mengisi mentarang," kata tukang kebun sebuah syarikat swasta di pekan Simpang Empat itu kepada Bernama.

Bagi Bakar Yaakob, 43, yang merupakan nelayan sepenuh masa dari Sungai Berembang berdekatan Sungai Baru, berkata beliau memperoleh hampir 40 kilogram setiap kali mencari hidupan laut itu.

"Saya ada pembeli tetap yang sedia menunggu di tebing pantai. Dalam tempoh enam hingga tujuh hari saya biasa mendapat RM2,500," katanya yang keluar mencari mentarang seawal 8 pagi apabila air laut surut.

Seorang pembeli, Salleh Mansor, 51, dari Kangar berkata beliau kerap ke Kuala Sungai Baru untuk membeli mentarang segar.

Katanya mentarang sedap dan enak dimasak lemak atau dibakar secara tradisional menggunakan arang,untuk dimakan bersama nasi dan ulam.

Suasana di pantai Sungai Baru bertambah meriah pada musim cuti persekolahan,  dengan kehadiran kumpulan remaja atau pelajar membantu ibu bapa mereka mencari mentarang.

Peraih turut kelihatan memborong mentarang daripada pencari di sepanjang kawasan pantai dari pantai Sungai Berembang, Kurong Tengar dan Kuala Perlis.-- Bernama



Pantai Sungai Baru , mentarang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Perogol Bersiri Akan Dipantau Rapi - KPN

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain

Bapa Wan Azizah meninggal dunia