suria

Seleweng RM1.5 Juta: Bekas Setiausaha, Akauntan JMB Direman Tujuh Hari

Bekas setiausaha dan akauntan sebuah Badan Pengurusan Bersama (JMB) kondominium di ibu negara, direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes penyelewengan RM1.5 juta daripada JMB berkenaan semasa di Istana Kehakiman, Rabu. -fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Bekas setiausaha dan akauntan sebuah Badan Pengurusan Bersama (JMB) kondominium di ibu negara, direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes penyelewengan RM1.5 juta daripada JMB berkenaan.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman kedua-dua lelaki itu sehingga 7 Februari ini.

Kedua-dua suspek yang berusia 53 dan 37 tahun itu tiba di Mahkamah Majistret, di sini dengan berpakaian lokap berwarna jingga dan bergari, pada pukul 8.40 pagi tadi.

Bekas setiausaha dan akauntan berkenaan ditahan semalam di rumah masing-masing di Jalan Klang Lama dan di Sungai Petani, Kedah.

Menurut sumber SPRM yang dipetik Bernama semalam, kedua-dua suspek dipercayai melakukan penyelewengan itu sejak 2010.

Penyelewengan berkenaan terbongkar apabila gaji kakitangan syarikat JMB yang menyelenggara lebih 500 unit kondominium tersebut tertunggak sejak Jun 2016. 
Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
tahan reman, SPRM, JMB

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain