suria

Pasangan Kembar Antara 24 Ditahan Dalam Ops Gong Xi 2017

- Gambar hiasan
PADANG BESAR: Pasangan kembar antara 24 individu yang ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Perlis menerusi Ops Gong Xi 2017 pada 28 dan 29 Januari di beberapa lokasi di negeri itu.

AADK dalam satu kenyataan pada Selasa berkata kesemua yang ditahan berusia antara 20 dan 24 tahun.

Operasi dijalankan di laluan utama di Unit Antidadah Sempadan (laluan keluar-masuk Malaysia-Thailand), Pos Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) Padang Besar dan Pos Aksem Chuping membabitkan 17 anggota penguat kuasa AADK Perlis.

Sepanjang operasi itu sebanyak 123 individu diarah menjalani saringan air kencing, kata AADK.

Sementara itu, Penolong Pengarah AADK Perlis Mashayani Md Arif berkata agensi tersebut membuat 48 tangkapan bersabit kesalahan najis dadah sejak awal tahun ini termasuk kes terbaharu dalam Ops Gong Xi 2017.

Katanya daripada jumlah itu, hanya seorang wanita ditahan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain