suria

Reman Dua Bekas Pegawai Kanan Felda Disambung

Dua bekas pegawai kanan Felda termasuk seorang bergelar Datuk disambung reman selama tiga hari bermula esok bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek ternakan ikan Sturgeon bernilai RM47.6 juta. Perintah reman itu dibuat Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di Mahkamah Majistret Selasa. -fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Dua bekas pegawai kanan Felda termasuk seorang bergelar 'Datuk' disambung reman selama tiga hari bermula esok bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek ternakan ikan sturgeon bernilai RM47.6 juta.

Tiga lagi individu yang direman, dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perintah reman dan pembebasan individu berusia 30, 33, 38, 53, dan 57 tahun itu dibuat Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di Mahkamah Majistret di sini Selasa.

Mereka ditahan di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang antara 11.30 pagi dan 1.30 tengah hari pada 24 Januari lepas menerusi Op Caviar SPRM bagi menyiasat dakwaan penyelewengan projek pemindahan teknologi penternakan ikan sturgeon bernilai AS$10 juta (RM47.6 juta) sejak 2014.

Sebelum itu, kesemua mereka ditahan reman selama tujuh hari bermula Rabu lepas dengan kes disiasat mengikut Sekyen 18 Akta SPRM 2009.
tahan reman, SPRM, ikan sturgeon

Artikel Sebelum

Saya Tak Tahu Menahu - Annuar

Artikel Lain