Hormati Privasi Mangsa Bot Karam - Konsul Jeneral China - Semasa | mStar

Hormati Privasi Mangsa Bot Karam - Konsul Jeneral China

Konsul Besar China di Kota Kinabalu, Chen Peiji menunjukkan slaid taklimat operasi oleh Pengarah Maritim Daerah Laksamana Pertama Maritim, Adam Aziz pada hari keempat tragedi bot karam di Bilik Operasi Maritim, Selasa.
 -fotoBERNAMA
KOTA KINABALU: Konsul Jeneral China di sini Chen Peiji memohon pihak media menghormati privasi mangsa bot karam yang sedang dirawat di Hospital Queen Elizabeth di sini.

Katanya Konsulat China menghargai keprihatinan rakyat Malaysia yang berkongsi kesedihan selain bersedia membantu mangsa dan keluarga, namun pada masa sama harus ambil kira privasi mereka yang terlibat dalam tragedi itu.

"Saya hargai kemesraan semua pihak yang datang ke hospital tetapi tolonglah jangan rakamkan dialog (temu bual) dengan mangsa.

"Tolong jangan ambil gambar mangsa kerana mereka alami banyak kecederaan pada anggota tubuh mereka. Biarlah mereka dalam persekitaran yang aman untuk sembuh dan paling penting jangan ambil gambar dan terbitkan kepada awam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di pusat media Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di Likas, di sini Selasa.

Mengenai keadaan mangsa yang sedang dirawat, Chen berkata keadaan mereka bertambah baik.

Mengenai operasi mencari dan menyelamat (SAR) oleh pihak berkuasa Malaysia, Chen berkata China berpuas hati dengan semua langkah yang diambil pihak berkuasa Malaysia.

Mereka juga terharu kerana turut mendapat perhatian pemimpin tertinggi Malaysia sekali gus memberi penekanan akan pentingnya operasi SAR itu bagi Malaysia, katanya.

Chen berkata beliau dimaklumkan kawasan operasi turut diperluas hari ini.

"Kami cuma berharap usaha diteruskan. Tolong jangan berputus asa sehingga semua mangsa yang masih hilang ditemukan. Saya juga ingin menyampaikan pesanan daripada presiden saya, Xi Jinping, supaya jangan biarkan seorangpun pelancong China berkenaan tidak jumpai," katanya.

Katanya beliau dimaklumkan operasi diperhebat pada jam-jam terakhir daya tahan seseorang mangsa yang jatuh ke laut.

bot karam , privasi , Konsulat China

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Famili Panda Gamit Lebih 4,000 Pengunjung

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan