suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Famili Panda Gamit Lebih 4,000 Pengunjung

KUALA LUMPUR: Pasangan panda, Xing Xing dan Liang Liang masih menjadi antara tarikan utama di Zoo Negara apabila pengunjung sepanjang cuti perayaan Tahun Baharu Cina begitu ramai memenuhi Pusat Pemuliharaan Panda di situ.

Tiba di negara ini pada 2014 untuk dipinjamkan selama 10 tahun, ia melambangkan hubungan diplomatik baik antara Malaysia-China.

Selepas setahun, Nuan Nuan lahir pada 18 Ogos 2015 dan dijangka dihantar ke Chengdu, China selepas berusia dua tahun.

Ia bagi memenuhi syarat dalam Perjanjian Antarabangsa Pemuliharaan Panda Malaysia-China.

Sehingga kini, lokasi yang dihuni keluarga panda itu menerima lebih 4,000 pengunjung pada musim cuti.

Aksi dan gelagat panda tiga beranak itu ternyata menghiburkan pengunjung yang begitu teruja dengan haiwan berkenaan.

panda, Nuan Nuan, Zoo Negara

Artikel Lain