suria

Bot Karam: Suami Lega Isteri Batal Perjalanan Saat Akhir

Antara mangsa bot karam jenis Catamaran yang dibawa ke Hospital Queen Elizabeth awal pagi Isnin. -fotoBERNAMA

KOTA KINABALU: Li Qun amat berterima kasih kepada isterinya yang menghalangnya daripada menaiki bot pelancong jenis Catamaran yang sepatutnya membawa mereka ke Pulau Mengalum.

Pasangan dari China ini telah menempah tempat duduk dan sepatutnya menuju ke pulau itu yang dijadualkan pada pukul 9 pagi.

Bagaimanapun, apabila tiba di jeti Kampung Tanjung Aru, mereka terkejut apabila mendapati hanya nama Li ada dalam senarai penumpang.

Mereka juga terkejut apabila melihat bot itu penuh sesak.

Melihat keadaan itu, isterinya memutuskan bahawa mereka tidak sepatutnya menaiki bot tersebut dan perlu membatalkan perancangan mereka.

Namun, kejadian bot karam pada Sabtu lalu menyebabkan nama Li telah disenaraikan sebagai antara enam mangsa yang masih hilang.

Selepas diberitahu tentang perkara ini, Li dan isterinya, yang enggan namanya disiarkan, pergi di Balai Polis Kota Kinabalu di sini untuk menjelaskan bahawa mereka tidak menaiki bot tersebut.

"Saya sungguh gembira apabila isteri saya membuat keputusan untuk tidak meneruskan perjalanan.

"Jika tidak, ia mungkin menjadi satu perkara buruk untuk kami," katanya.

Pulau Mengalum, bot karam

Artikel Sebelum

Artikel Lain