suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Solidariti Pemandu Lori

KUALA LUMPUR: Sekumpulan pemandu lori berhimpun sebagai tanda solidariti kepada rakan mereka yang cedera akibat dipukul beberapa individu dalam kejadian di kawasan kondominium Bukit Antarabangsa pada Khamis.

Himpunan itu dikendali Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas).

Mereka berhimpun secara aman sebagai tanda protes susulan perbuatan pihak tidak bertanggungjawab terhadap mangsa, Nasrul Faiz yang juga pemandu lori.

Kumpulan itu juga menggesa pihak polis mengambil tindakan terhadap pihak yang mencederakan pemandu lori berkenaan.

Rakaman video yang tersebar itu menunjukkan lima lelaki memukul individu berhampiran pondok pengawal kondominium itu.

Setakat ini, polis telah menahan empat individu dan merakamkan 15 keterangan berkaitan kejadian itu.

Ikhlas, Nasrul Faiz

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain